Tangguh penanaman pokok bakau di Pantai Cermin sehingga kajian selesai

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

TANJUNG TUAN 16 Mac – Rancangan menanam semula pokok bakau di kawasan terjejas akibat tumpahan minyak di Pantai Cermin terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan terhadap kajian terperinci yang dilaksanakan di kawasan hutan simpan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, sekiranya perkara itu diteruskan penanaman semula tidak akan berhasil disebabkan tumpahan minyak itu telah meresap ke dalam tanah mengakibatkan pertumbuhan paya bakau terganggu.

ABDUL GHAFAAR… penanaman semula tidak akan berhasil disebabkan tumpahan minyak itu telah meresap ke dalam tanah mengakibatkan pertumbuhan paya bakau terganggu.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memberi laluan terhadap kajian dilakukan oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga dapatan kajian dikeluarkan pihat tersebut.

“Kerajaan negeri tidak akan menyegerakan penanaman semula ini kerana kita perlu menunggu dapatan kajian daripada pakar kerana dalam masa ini kira-kira 800 pokok bakau di kawasan tersebut ‘sakit’ akibat insiden yang terjadi itu.

“Tumbuhan yang sakit ini tidak boleh diusik bagaimanapun ia perlu dikaji dalam tempoh dua tahun bagi memastikan kawasan hutan simpan seluas 1.2 hektar ini benar-benar terpelihara dan mampu menjadi penampan pantai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerjanya di Pantai Cermin, Tanjung Tuan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Ghafaar berkata, JAS Melaka mencadangkan kerajaan negeri bagi mengenakan syarat dan caj sumbangan daripada aktiviti perkapalan di negeri ini terutama ‘Ship to ship transfer’ (STS) bagi mencegah dan menangani sebarang kes tumpahan minyak pada masa akan datang.

“JAS juga mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan satu dana khas bagi persediaan mengawal dan memulihkan sebarang kejadian pencemaran akibat tumpahan minyak dan mewujudkan ‘stockpile’ peralatan kawalan tumpahan minyak dan Pengemaskinian Pelan Tindakan Pembersihan Minyak (PTPP) peringkat negeri,” katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan, JAS mengklasifikasikan punca pencemaran di perairan Tanjung Tuan hingga ke Teluk Kemang, Negeri Sembilan akibat tumpahan minyak yang dikesan berlaku pada 12 Oktober tahun lalu sebagai ‘minyak hanyut’.

Pengarah JAS Melaka, Rosli Othman ia selepas hasil siasatan analisa sampel minyak yang dijalankan tidak dapat mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan pencemaran itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1415
Kongsi :
Previous post Agong lawat pusat vaksinasi klinik kesihatan Kuala Lumpur
Next post JKDM rampas minuman keras bernilai lebih RM1.65 juta
Ubah saiz-+=