Sorting by

×

Tangkis kemunculan ‘wartawan segera’ – PM

Masa Membaca:53 Saat

BANDA HILIR 29 Mei – Kemunculan ramai ‘wartawan segera’ menjadi penyebab berleluasanya penyebaran berita palsu dalam negara.

Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta organisasi media dan wartawan dapat membantu menangkis dan menolak laporan tidak benar, selain membantu menyedarkan ‘wartawan segera’ supaya tidak lagi meneruskan perlakuan sedemikian.

“Wartawan di Malaysia perlu bersatu dan memainkan peranan ke arah penyaluran maklumat yang benar dan sahih sebagai cara menangani isu berita palsu yang berleluasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian HAWANA 2022 di Hotel Hatten, hari ini.

Ismail Sabri menambah, bagi mengangkat kewartawanan sebagai profesion yang mulia dan dihormati, bakal wartawan perlu mendapat secukupnya latihan formal dalam membentuk kepakaran, tanggungjawab dan integriti.

Perdana menteri berkata, wartawan yang dilatih akan mempunyai integriti, mendukung etika serta berobjektif dalam menghasilkan laporan untuk masyarakat.

“Sebab itulah, saya melihat pentingnya wartawan mendukung etika kewartawanan kerana sebagai golongan yang berpengaruh, wartawan perlu mempunyai etika profesion yang dijadikan peraturan dan panduan dalam menjalankan tugas dengan berdisiplin dan bertanggungjawab ke arah memartabatkan profesionalisme kewartawanan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

755
Kongsi :
Previous post HAWANA diangkat menjadi program nasional setiap tahun – Menteri
Next post PM umum peruntukan RM1 juta kukuh kerjasama media Malaysia-Indonesia
Ubah saiz-+=