TANJUNG BIDARA KAYA DENGAN TARIKAN, KEMUDAHAN PACU PELANCONGAN

Masa Membaca:53 Saat

TANJUNG BIDARA 5 September – Pembukaan Glass Hall Radna Maju di Jalan Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, melengkapkan kemudahan bagi menyokong aktiviti berasaskan pelancongan dan perkahwinan di Dewan Undangan Negeri itu.

Tarikan terbaharu itu turut mendapat perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara apabila belia meluangkan masa turun padang meninjau sendiri kemudahan ditawarkan.

Sementara itu pemilik Glass Hall Radna Maju Abdul Razak Mohd Kassim berkata, fasiliti disediakan mampu menampung sehingga 500 tetamu pada satu-satu masa.

“Kita ada dewan utama dan dewan terbuka yang bukan sahaja sesuai bagi penganjuran majlis perkahwinan tetapi acara-acara lain termasuk melibatkan program Jabatan kerajaan dan swasta,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Ketua Menteri turut meluangkan masa bersarapan bersama penduduk sekitar dan merasmikan dewan berkenaan, hari ini.

Selain inap desa dan resort menawarkan suasana kampung dan pantai yang menarik Tanjung  Bidara memiliki banyak lagi tarikan seperti litar lumba kereta kawasan jauh dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Kampung Balik Batu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

753
Kongsi :
Previous post ‘HARAP DAPAT HELMET, TAK SANGKA MENANG MOTOSIKAL’
Next post IBU MUDA MELAKA LUAR BIASA!