TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 20 Oktober – Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diumumkan semula dalam masa terdekat, kata Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Katanya, sebelum ini penamaan calon BN ditetapkan pada 28 Oktober, namun berlaku perubahan tarikh susulan perkembangan perbincangan mengenai kerjasama politik.

“Perkara itu (tarikh pengumuman calon BN Melaka) saya akan beritahu tidak lama lagi, Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya sempena PRN Melaka Ke-16 di Dewan World Youth Foundation (WYF), di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN Melaka, Datuk Rais Yasin; Pengerusi BN Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali; Pengerusi MCA Negeri Melaka, Datuk Wira Lim Ban Hong; Pengerusi BN Parlimen Alor Gajah, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Ketua Wanita UMNO Negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin.

Berdasarkan perkembangan semasa penamaan calon BN dikatakan diawalkan ke 24 Oktober dan akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), namun perkara itu belum disahkan secara rasmi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

293
Kongsi :
Previous post ‘NAK JADI WAKIL RAKYAT, JANGAN TIBA-TIBA TURUN DARI LANGIT’
Next post ‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF