Sorting by

×

TBRM pelbagaikan tarikan untuk pikat pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 27 Februari – Sejumlah RM300,000 diperuntukkan Taman Burung dan Rekreasi Melaka (TBRM) bagi kerja menambah baik kemudahan dan perkenalkan produk baharu dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung.

Pengurus Besar TBRM Ahmad Syarifuddin Mohamad berkata, sebagai persiapan untuk perkenal produk baharu, pihaknya juga giat melakukan baik pulih dan penyelenggaraan kemudahan di taman itu.

Beliau berkata, meskipun TBRM terkenal dengan buaya namun beberapa tarikan lain juga diperkenalkan pihaknya termasuklah ‘Lovebird Paradise’.

“Untuk tahun ini, peruntukan diterima sebanyak RM1.6 juta dan sejumlah RM300,000 digunakan untuk pembangunan serta fasiliti.

“Perancangan kita dalam tempoh terdekat ini adalah untuk menghidupkan semula rumah hantu dan juga ladang mini, kedua-dua ini kita dalam proses mencari syarikat pelabur.

“Jadi sebagai persiapan kita akan lakukan kerja baik pulih kemudahan dan fasiliti di dalam ini supaya pengunjung yang datang berpuas hati,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan ‘Lovebird’ ke Sangkar Aviary, disempurnakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan ARTAC Tan Sri Prof. Dr. Rahim Tamby Chik, di sini, hari ini.

Ahmad Syarifuddin berkata, ketika ini TBRM memiliki 400 ekor haiwan termasuk 100 ekor buaya, ular, rusa dan kura-kura.

“Selain dapat mengenali dan memberi makan kepada haiwan pengunjung juga boleh melihat pertunjukan buaya. Kanak-kanak juga dapat mandi-manda di taman tema yang kami ada,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3926
Kongsi :
Previous post Seludup diesel: Tiga warga Thailand didenda RM3,000
Next post Ketengah batik ‘clay’ Kampung Rim
Ubah saiz-+=