Teater muzikal Cak Kun Cak angkat kisah riuh rendah ‘kerja kahwin’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 28 Mei – Teater Muzikal Cak Kun Cak Melaka 2023 mengangkat seni Dondang Sayang dalam kisah riuh rendah ‘kerja kahwin’ masyarakat Melaka.

Teater yang diarahkan oleh Mohd Naim Azmi itu menggarapkan kisah cinta, adat dan warisan dondang sayang, selain adat berandam, malam berinai, sanggul lintang pengantin Melaka serta rewang.

Menariknya, ia turut menggambarkan bagaimana Dondang Sayang berkembang bermula dari pantun usik mengusik dan menjadi budaya dan perantara utama terutama dalam majlis perkahwinan di Melaka.

Teater tersebut dipentaskan pada Majlis Pelancaran Program Menyemarak Seni dan Budaya: Gegau Seni Budaya @Melaka (GSBM), di Kompleks Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Melaka, di sini, malam tadi.

Majlis tersebut dirasmikan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

IMG-20230528-WA0000
TUN Mohd Ali (dua dari kiri), Abdul Razak (kiri) dan Mohd Amran menyempurnakan gimik perasmian Majlis Program Menyemarak Seni dan Budaya: Gegau Seni Budaya @Melaka (GSBM), di Kompleks Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Melaka.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang turut menyaksikan pementasan teater muzikal tersebut sehingga akhir.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Mohd Amran Mohd Haris; Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Elias serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1980
Kongsi :
Previous post Masters Malaysia: Peluang Pearly – Thinaah tamat kemarau 11 tahun
Next post Kompleks JKKN ditutup hingga November
Ubah saiz-+=