Terkencing diserbu AADK

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 1 Julai – Terkejut apabila rumah diserbu anggota penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka, seorang lelaki terkencing di dalam seluar, malah mengaku dirinya mengambil barang terlarang.

Itu reaksi seorang lelaki berusia 28 tahun apabila dia antara 14 suspek yang ditahan dalam enam serbuan berasingan dalam Operasi Khas AADK Melaka di beberapa lokasi di sekitar Daerah Melaka Tengah, malam tadi

Pengarah AADK Melaka, Nazir Mohamad berkata serbuan yang bermula pada jam 6 petang dan berakhir tujuh jam kemudian itu membabitkan seramai 12 anggota.

Katanya, hasil daripada enam serbuan yang dijalankan dari ke rumah berdasarkan aduan orang ramai, pihaknya menahan 24 lelaki dan sembilan daripadanya positif dadah.

“Ketika serbuan dijalankan, ada yang terkencing dalam seluar malah ada yang lari bertempiaran,” katanya pada sidang media di Pejabat AADK negeri di sini, malam tadi.

Hasil tinjauan MHI pada serbuan pertama di Kampung Paya Rumput mendapati lelaki terbabit terpaksa menukar kain pelikat sebelum dia bersama 25 lelaki yang ditahan dibawa ke pejabat agensi penguatkuasaan dengan menaiki van AADK.

Nazir berkata, tiga daripada semua yang didapati positif itu dipercayai mengambil dadah jenis methamphetamine manakala enam lagi jenis opiat.

“Perintah reman akan dipohon pada esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983 Pindaan 1998),” katanya.

Views:

405
Kongsi :
Previous post Bandar Paling Bahagia: MPHTJ, MPAG perlu ikut jejak MBMB, MPJ
Next post AADK terima lebih 70 peratus aduan ahli keluarga ‘lalok’
Ubah saiz-+=