Teruskan kempen Geng Subuh Macam Jumaat – KM

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

TANJUNG BIDARA 10 Mac – Lebih 600 umat Islam sekitar Dewan Udangan Negeri (DUN) Tajung Bidara, hadir menunaikan solat Subuh berjemaah bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Masjid Nur Jannatul Bahri, Ayer Hitam Pantai, di sini, hari ini.

Kehadiran jemaah adalah bersempena Program #Geng Subuh Macam Jumat dan Cintai Masjid Bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Mewakili Kerajaan Negeri Melaka, Ketua Menteri merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Bank Muamalat kerana berbesar hati melaksanakan majlis berkenaan yang juga sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Kerajaan Negeri menyambut baik dan menyokong usaha murni ini untuk diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Justeru, saya berharap lebih banyak syarikat korporat yang kehadapan untuk menganjurkan CSR seperti ini, melibatkan komuniti, jawatankuasa masjid dan pihak Kerajaan Negeri sendiri,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada majlis itu.

Hadir sama Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Khairul Kamarudin; Pengurus Bank Muamalat Wilayah Selatan, Zambri Pardi dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nur Jannatul Bahri, Canselor Samsul Bahrain Harun.

Pada majlis sama Ab Rauf, juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Bank Muamalat kepada pihak pengurusan Masjid Nur Jannatul Bahri berjumlah RM10,000.

Terdahulu program dimulakan dengan solat Subuh berjemaah, diikuti tazkirah pendek, penyerahan bantuan kepada pihak masjid dan diakhiri dengan sarapan pagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

681
Kongsi :
Previous post Capaian internet berkualiti untuk Kampung Bukit Apit
Next post Hargai usaha MARA, YPM perkasa bidang pendidikan
Ubah saiz-+=