
TH SANTUNI PENUNTUT UNIMEL
KUALA LINGGI 14 Disember – Pelbagai inisiatif dilaksanakan pihak pengurusan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dalam usaha membantu meringankan beban penuntutnya khusus mereka daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Terbaharu menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook rasmi universiti itu, UNIMEL dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan program Sumbangan Dana Iqra Tabung Haji IPTS 2024.
“Seramai 355 penuntut UNIMEL mendapat manfaat menerusi inisiatif ini, mereka menerima sumbangan dalam bentuk wang saku, kupon makanan dan bayaran yuran tertunggak.
“Terima kasih kepada TH, keprihatinan menerusi sumbangan ini dapat meringankan beban penuntut, diharap inisiatif dilaksanakan akan menyuntik motivasi dalam kalangan mereka ini untuk fokus kepada pelajaran, seterusnya cemerlang dalam akademik,” kata kenyataan itu.
Terdahulu majlis berlangsung di Kampus UNIMEL di Kuala Sungai Baru, semalam, dihadiri Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Mohd Taib Dora dan Pengarah TH Negeri Melaka Hishamuddin Muhamad Sohaimi.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMEL, Zulkifli Abu Bakar, Ketua Pentadbiran dan Haji Negeri Melaka, Riwan Salim serta Pengurus TH Cawangan Masjid Tanah Nor Hani Azamuddin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
BANDARAYA MELAKA 1 April - Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah kilang kopi dan biskut di Melaka ditarik selepas penemuan...
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS
AYER KEROH 1 April - Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat...
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
APM MELAKA REKOD PENINGKATAN KES TANGKAPAN HAIWAN BERBISA
MELAKA 1 April - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes...
JPNIN MELAKA TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS RM1.2 JUTA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
MELAKA 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...
