
TH SANTUNI PENUNTUT UNIMEL
KUALA LINGGI 14 Disember – Pelbagai inisiatif dilaksanakan pihak pengurusan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dalam usaha membantu meringankan beban penuntutnya khusus mereka daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Terbaharu menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook rasmi universiti itu, UNIMEL dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan program Sumbangan Dana Iqra Tabung Haji IPTS 2024.
“Seramai 355 penuntut UNIMEL mendapat manfaat menerusi inisiatif ini, mereka menerima sumbangan dalam bentuk wang saku, kupon makanan dan bayaran yuran tertunggak.
“Terima kasih kepada TH, keprihatinan menerusi sumbangan ini dapat meringankan beban penuntut, diharap inisiatif dilaksanakan akan menyuntik motivasi dalam kalangan mereka ini untuk fokus kepada pelajaran, seterusnya cemerlang dalam akademik,” kata kenyataan itu.
Terdahulu majlis berlangsung di Kampus UNIMEL di Kuala Sungai Baru, semalam, dihadiri Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Mohd Taib Dora dan Pengarah TH Negeri Melaka Hishamuddin Muhamad Sohaimi.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMEL, Zulkifli Abu Bakar, Ketua Pentadbiran dan Haji Negeri Melaka, Riwan Salim serta Pengurus TH Cawangan Masjid Tanah Nor Hani Azamuddin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM LATIH BELIA ASNAF JADI PEMIMPIN SECARA PERCUMA
AYER KEROH 11 November - Belia dalam kalangan keluarga asnaf di negeri ini berpeluang mengasah jati diri dengan menyertai program...
PAK SU ‘PENJAGA’ 600 KERIS WARISAN
AYER KEROH 11 November - Minat mendalam terhadap seni warisan Melayu mendorong Che Su Deraman, 60, atau 'Pak Su' mengumpul...
‘NIGHT FARMING’ NANAS BERMULA TAHUN DEPAN
BUKIT KATIL 11 November - Kerajaan menerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bakal memperkenalkan inisiatif 'night farming' atau berkebun pada...
MELAKA BUKA PELUANG RAKYAT USAHAKAN TANAH TERBIAR UNTUK TANAMAN NANAS
BUKIT KATIL 11 November - Rakyat Melaka boleh memohon mana-mana tanah kerajaan yang terbiar di negeri ini untuk mengusahakan pelbagai...
KLUSTER INDUSTRI WILAYAH TENGAH PEMANGKIN PERKEMBANGAN EKONOMI MELAKA
KUALA LUMPUR 11 November - Inisiatif membangunkan Kluster Perindustrian Wilayah Tengah dijangka menjadi pemangkin kepada pengembangan perusahaan tempatan, ekonomi Melaka...
EMPAT FOKUS JADIKAN MELAKA NEGERI PINTAR BERPACUKAN DATA
BANDA HILIR 11 November – Kerajaan Negeri menggariskan empat fokus utama sebagai teras kepada usaha menjadikan negeri ini perintis dalam...
