Thaipusam ‘sunyi’ tanpa kavadi

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BATU BERENDAM 18 Jan – Sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Subramaniar Devasthanam dijalankan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Biarpun hanya tiga kuil dibenar menjalankan upacara keagamaan pada sambutan Thaipusam kali ini ia bukan penghalang bagi penganut agama Hindu meraikan kesyukuran dan melepaskan hajat pada perayaan bulan ke-10 dalam kalendar Tamil itu.

Penganut agama Hindu G. Vineshwaran 32, sanggup memandu sejauh 60 kilometer dari Kuala Sungai Baru, untuk meraikan perayaan itu.

Dia bersama isteri E. Vinothiny, 29 bersiap seawal jam 5 pagi sebelum memandu ke Kuil Subramaniar Devasthanam.

Katanya, sambutan Thaipusam kali ini agak berbeza kerana upacara memikul kavadi yang menjadi tarikan utama tidak dibenarkan.

PENGANUT Hindu, G. Vigneshwaran, 32 ditemui pada sambutan Thaipusam di kuil Subramaniar Devasthanam, Batu Berendam . Foto Iqmal Haqim Rosman

“Rasa sayu bila dapat tahu upacara memikul kavadi tidak dibenarkan kerana kalau Thaipusam mesti kena ada kavadi kalau tak bukan Thaipusam.

“Apapun kita bersyukur kerana Thaipusam kali ini masih boleh diraikan meskipun kena ikut SOP demi mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Masa diberikan kepada setiap pengunjung untuk melakukan upacara keagamaan atau sembahyang juga singkat tapi kita kena akur kerana masih boleh meraikan Thaipusam,” katanya.

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menetapkan upacara paal koodam, aktiviti sembahyang dan perjalanan pedati dibenarkan tanpa melibatkan acara kavadi bagi perayaan Thaipusam kali ini dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

782
Kongsi :
Previous post 10 sekolah berhampiran tapak pelupusan sampah Pulau Burung diarah tutup
Next post RFID: Plus gandakan pasukan bantu pelanggan di Plaza Tol
Ubah saiz-+=