
Tiada gempa bumi dikesan di Sabah, Sarawak – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 15 Feb – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada kejadian gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada Isnin lepas dan semalam.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu pemantauan aktiviti seismik dan kejadian gempa bumi berterusan 24 jam sehari yang dijalankan jabatan itu tidak mengesan sebarang kejadian gempa bumi, seperti yang didakwa dalam sebuah video yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Oleh itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai tidak panik dengan video tular itu sebaliknya merujuk kepada sumber yang sahih.
Maklumat gempa bumi boleh dirujuk di semua laman media sosial MetMalaysia serta laman web rasmi di pautan www.mygempa.met.gov.my
Terdahulu, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok mendakwa potensi berlakunya gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada 13 dan 14 Feb.
MetMalaysia dalam kenyataan sama turut memaklumkan sehingga kini tiada peralatan dan kaedah saintifik yang terbukti secara sahih dapat meramalkan kejadian gempa bumi sama ada bermagnitud kecil atau besar.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TILAPIA MERAH ‘LUBUK REZEKI’ ORANG KAMPUNG
MACHAP JAYA 20 Mei - Peruntukan menerusi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Felda Menggong dalam...
JKKN GILAP BAKAT, ASUH ANAK MELAKA CINTAI SENI
AYER KEROH 20 Mei - Program Bimbingan Hujung Minggu (PBHM) anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Melaka diteruskan dengan...
MOTOSIKAL KLASIK 7 DEKAD, TRIUMPH THUNDERBIRD CURI TUMPUAN
BANDA HILIR 20 Mei - Sebuah motosikal klasik Triumph Thunderbird 1952 berusia lebih 70 tahun antara tarikan pada program The...
SK PAYA RUMPUT PERINTIS ‘AI POWERED CLASSROOM’ DI MELAKA
PAYA RUMPUT 20 Mei - Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput dipilih sebagai sekolah perintis pelaksanaan 'AI Powered Classroom' di Melaka...
MELAKA BUKAN NEGERI ‘LALAI’, PERUNTUK RM335 JUTA SETAHUN PERKUKUH SYIAR ISLAM
AYER KEROH 19 Mei - Persepsi mengaitkan Melaka sebuah negeri yang lalai kerana didakwa melebihkan acara hiburan berbanding keagamaan merupakan...
DELIMa: PELAJAR BOLEH BAWA GAJET KE SEKOLAH
PAYA RUMPUT 19 Mei - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan pelajar membawa peranti sendiri seperti tablet dan gajet ke sekolah...
