
Tiada kenaikan tarif elektrik, subsidi lebih RM700 juta diteruskan – PM
Menerusi ciapan di akaun Twitter hari ini, beliau berkata subsidi elektrik sebanyak lebih RM700 juta juga akan diteruskan agar pengguna domestik tidak terkesan.
Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan pada Rabu lepas bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna domestik di Semenanjung untuk tempoh kawal selia bermula 1 Feb 2022 hingga 31 Dis 2024 di bawah mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).
Keputusan itu juga terpakai kepada pengguna komersial dan industri.
Kadar tarif itu telah digunakan sejak 1 Jan 2014 apabila mekanisme IBR diperkenal sebagai dasar baharu dalam penetapan tarif elektrik. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 10,000 TETAMU MERIAHKAN JAMUAN AIDILFITRI DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 28 Mac - Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dalam suasana meriah...
DUA PENGARAH SYARIKAT RUGI LEBIH RM800,000 DIPERDAYA ‘PHONE SCAM’
GEORGE TOWN 27 Mac - Seorang pengarah syarikat kerugian RM457,607 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon awal bulan ini....
RAMAI TERPUKAU HIASAN KREATIF POKOK BUNGA KERTAS, BUNGA LOCENG DI JASIN
JASIN 27 Mac - Hiasan unik dan kreatif pokok bunga kertas dan bunga loceng di laluan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-...
PARAS AIR EMPANGAN TERKAWAL, TIADA KEPERLUAN LAKSANA PEMBENIHAN AWAM
BANDARAYA MELAKA 27 Mac - Bacaan paras air di semua tiga empangan utama di Melaka dilaporkan berada pada tahap terkawal...
MAYAT BAYI LELAKI DITEMUKAN DI KAWASAN PENCAWANG
SEREMBAN 27 Mac - Mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan di kawasan pencawang menara telekomunikasi...
MELAKA TELITI, TUNGGU ARAHAN PELAKSANAAN BEKERJA DARI RUMAH
BANDARAYA MELAKA 27 Mac - Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah (BDR), kata Setiausaha Kerajaan Negeri...
