
Polis buru ‘Wan’
JASIN 28 Jan – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam ugutan jenayah dan khianat.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, suspek dikehendaki bernama Reduan Yusuf atau nama panggilannya Wan, berusia 38 tahun yang beralamat di Jalan Bemban Utama 3, Taman Bemban Utama.
“Polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar segera menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Nurzafira Ab Razak di talian 013-7305560 atau 06-5292222 (sambungan 378).
“Maklumat juga boleh disalurkan terus ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mispani berkata, kes berkait suspek disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NELAYAN KUALA LINGGI BAKAL DIBANTU TEROKA AKTIVITI AKUAKULTUR
KUALA LINGGI 10 November - Aktiviti akuakultur termasuk ternakan ikan dalam sangkar, kerang, kepah dan udang sedang dipertimbangkan sebagai sumber...
PRN MELAKA: BN-PN SASAR MENANG LEBIH 21 KERUSI DUN – AHMAD ZAHID
PANTAI KUNDOR 10 November - Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan melebihi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN ROSLI MAMPU GALAS TANGGUNGJAWAB DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 10 November β Sikap merendah diri dan mudah didekati menjadi kelebihan buat Datuk Rosli Abdullah untuk memikat seterusnya...
PRN MELAKA: KERJASAMA JENTERA BN-PN DI MELAKA LUAR BIASA – AHMAD MARZUK
SERKAM 10 November - Kesepakatan jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Melaka disifatkan luar biasa apabila kerjasama...
PRN MELAKA: JENTERA BN KUALA LINGGI SIAP SIAGA HADAPI HARI PENGUNDIAN
KUALA LINGGI 10 November β Jentera Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Linggi berada pada tahap...
PRN MELAKA: ZAHID HARAP MOMENTUM UNDI AWAL DIBAWA KE 14 NOVEMBER
TABOH NANING 10 November - Peratusan keluar mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang mencecah 94.96 peratus disifatkan...
