
Video kongsi gelap tular 30 dikompaun
AYER KEROH 28 Jan – Bukan sahaja dikompaun RM1,000 kerana gagal patuh prosedur operasi standard (SOP) lapan lelaki ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menjalankan aktiviti ahli pertubuhan Triad.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan itu susulan tular video di media sosial mengenai majlis perasmian pejabat sebuah pertubuhan haram dihadiri 30 individu di Bukit Piatu pada 22 Jan lalu.
Christopher berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, kemudian memanggil semua individu berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kegagalan pematuhan SOP 25 Jan lalu.
“Kami kemudian menahan tujuh lelaki Cina dan seorang Melayu berusia 20 hingga 40 tahun terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.
“Mereka ini juga didapati mempamerkan lambang pertubuhan triad yang diwartakan sebagai menyalahi udang-undang.
“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM15,000,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya, lapan lelaki berkenaan dan 22 yang lain termasuk dua wanita yang hadir pada perhimpunan itu dikenakan kompaun RM1,000 seorang atas kesalahan melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA
TANJUNG BIDARA 23 September - Jika dahulu Kampung Pulau sekadar sebuah perkampungan biasa yang tidak begitu dikenali, kini namanya semakin...
CADANGAN BERHUBUNG IPD HANG TUAH JAYA SUDAH DIANGKAT KE BUKIT AMAN
SERI BENDAHARA 23 September - Cadangan penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya sudah diangkat...

