Tiada kompromi dengan pencuri pokok hiasan- MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 26 Sept.- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah membuat laporan polis terhadap kes kecurian pokok hiasan di kawasan pentadbirannya.

Berdasarkan gambar tular di media sosial memperlihatkan individu mencuri pokok-pokok hiasan,
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu menyifatkan perbuatan itu perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Menurut Zainal, kes kecurian pokok hiasan di kawasan MBMB jarang berlaku, namun sejak Disember tahun lalu, pihaknya membuat laporan polis berkaitan.

ZAINAL.

 

Jelasnya, pokok-pokok hiasan yang hilang melibatkan pokok jenis Ficus Elastica Burgundy dan Ficus Lyrata yang dipercayai telah dicungkil keluar dari pasu.

“Menurut laporan polis yang dilakukan oleh mandur MBMB, kehilangan pokok hiasan dicuri semasa kerja-kerja menaik taraf landskap di bawah jejambat Malim melibatkan dua pokok iaitu jenis Ficus Elastica Burgundy dan Ficus Lyrata.

“Kebiasaannya pencuri mengambil peluang semasa pokok baru ditanam dan spesis ini sedang popular dan bernilai tinggi.

“Bagi mengelakkan kejadian kecurian ini berlaku, pihak Jabatan Landskap MBMB kebiasaannya mengikat ‘rootball’ pada pasu dan pasu pula akan dipilih saiz yang besar bagi menyukarkan pencuri melakukan aktiviti mencuri pokok hiasan ini,” jelasnya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

ANTARA pokok hiasan yang telah dicungkil keluar daripada pasu milik MBMB.

Untuk info, pokok hiasan yang menjadi sasaran adalah jenis Ficus Lyrata atau nama popularnya Fiddle Leaf Fig iaitu spesies tanaman hutan yang paling mudah dipelihara.

Pokok hiasan ini sentiasa menjadi buruan peminat atau pemilik kediaman yang gemarkan konsep moden.

Namun, ramai antara empunya pokok sering mengeluh apabila pokok ini mati kerana tidak menjaganya dengan kaedah yang betul dan dipercayai harga pokok ini agak mahal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

738
Kongsi :
Previous post Mayat kanak-kanak perempuan jatuh longkang ditemui
Next post Terengganu mula divaksinasi gelandangan
Ubah saiz-+=