‘Tiada niat susahkan rakyat’ – Sulaiman

Masa Membaca:55 Saat

MELAKA 16 Nov – Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menjelaskan keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selepas beberapa wakil rakyat berpaling tadah bukanlah dilakukan dengan niat untuk menyukarkan rakyat.

Sebaliknya beliau berkata, keputusan itu terpaksa dibuat kerana tidak mahu rakyat semakin terbeban apabila ditadbir kerajaan yang rapuh dan tidak stabil.

“Tiada niat saya mahu sukarkan rakyat kerana mereka baharu sahaja dapat bernafas dan berniaga selepas menempuh kesukaran akibat pandemik tapi malangnya saya terpaksa membukarkan DUN kerana tidak mahu rakyat bertambah susah.

“Jika kerajaan yang mentadbir begitu rapuh, bagaimana untuk meyakinkan pelabur datang ke Melaka.

“Maka perlu saya katakan bahawa bukan saya suka-suka untuk membubarkan DUN pada ketika berlakunya pergolakan politik di negeri ini,” katanya dalam siaran langsung Soal Rakyat di TV3 sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kini rakyatlah yang paling berkuasa untuk memilih kerajaan yang stabil dan kukuh memandangkan mandat telah dipulangkan kepada mereka.

“Saya minta rakyat pilihlah kerajaan yang stabil, kuat dan ada ‘track record’.

“Mandat telah dipulangkan kepada rakyat, jadi, jangan diulangi kesilapan yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

347
Kongsi :
Previous post Projek HSR wujudkan pusat perniagaan utama di Melaka
Next post Orang muda, berilah mandat pada BN
Ubah saiz-+=