Tiada pelajar sekolah dan keluarga tinggal bawah jambatan di Melaka- EXCO

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Mei – EXCO Pendidikan, Datuk Rais Yasin menafikan dakwaan mengaitkan sebuah keluarga termasuk anak yang masih bersekolah tinggal di bawah jambatan di negeri ini.

Rais berkata, setakat ini tiada laporan diterima daripada Jabatan Pendidikan negeri berhubung perkara terbabit yang telah ditularkan di media sosial, baru-baru ini.

“Setakat ini saya belum terima laporan sebegitu dan tidak tahu lokasi yang ditularkan tersebut.

“Jabatan Pelajaran negeri sentiasa cakna berkaitan perkara ini malah kita memantau sekiranya perkara seperti keciciran sehingga tidak dapat ke sekolah, masalah disiplin dan sebagainya

“Kita akan terus memantau perkara ini dan setakat ini saya yakin situasi yang berlaku itu adalah di luar dari Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022, di sini hari ini .

Program dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari serta tetamu lain.

Terdahulu tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan guru melawat pelajar mereka yang tinggal dibawah jambatan bersama keluarganya.

Video tular itu mendapat maklum balas dan pujian dari netizen malah memaksa kerajaan perlu peka berhubung perkara yang dihadapi itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1062
Kongsi :
Previous post SunPower sasar tingkat pelaburan lebih RM100 juta – Ab Rauf
Next post Tun Mohd Ali meriahkan Majlis Mahabbah Aidilfitri UTeM
Ubah saiz-+=