“Tidak pandai kata manis, tapi janji khidmat bakti sepenuh hati – Fairul

Masa Membaca:55 Saat

Asahan 15 Nov – Calon Barisan Nasional (BN), Fairul Nizam Roslan tidak mahu mengaburi pemikiran pengundi dengan menjanjikan bulan bintang sebaliknya sebaiknya memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat.

Itu antara janji Fairul Nizam atau lebih mesra disapa Along yang mempertaruhkan kepercayaan kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan untuk memilih wakil rakyat yang terbaik.

Katanya, beliau akan berusaha untuk menggunakan segala usahanya untuk memastikan pembangunan di kawasan itu dipertingkatkan.

“Saya tidak pandai menjanjikan bulan dan bintang bagi meraih undi. dan tidak tahu untuk mengucapkan kata kata manis untuk mengaburi pemikiran pengundi sebaliknya mampu menjanjikan khidmat bakti sepenuh hati.

“Tentunya, saya akan mengerah segala daya upaya kurniaan Ilahi ini demi semua warga Asahan andai terpilih pada hari mengundi nanti.

“Akan dikota segala yang dijanji, akan diusaha segala yang telah terpatri,” katanya menerusi hantara peribadi Facebook miliknya, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata beliau sama sekali tidak menyokong kempen yang disifatkannya kurang bijak dengan menggunakan fitnah sebagai senjata menjatuhkan lawan.

“Saya cukup menentang kempen yang dilakukan dengan cara memfitnah lawan bagi menimbulkan seburuk buruknya persepsi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

575
Kongsi :
Previous post Kuala Linggi: Hakisan pantai, industri pelancongan dan perikanan fokus calon BN
Next post Undi awal bakal saksikan SOP ketat menanti pemilih esok
Ubah saiz-+=