
Tiga pintu ICQS sempadan Malaysia – Thailand di Kelantan dibuka hari ini
KOTA BHARU, 5 Mei – Tiga pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini mula dibuka hari ini bagi tujuan komersial dan lawatan sosial.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan Azhar Abd Hamid berkata tiga pintu ICQS tersebut ialah Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor.
Beliau berkata individu yang ingin memasuki Thailand dan Malaysia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kedua-dua negara tersebut.
“Semua pengembara sudah boleh masuk dan keluar melalui pintu sempadan bermula pagi ini mengikut SOP yang sudah ditetapkan.
“Selain itu, antara syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) termasuklah pengembara dari Thailand perlu lengkap status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam Pengarah Imigresen Perlis Khairul Amin Taib berkata pintu sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar turut dibuka hari ini bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SIRIH JUNJUNG SEBAGAI ‘KEPALA ADAT’ LAMBANG KESOPANAN, ADAB ORANG MELAYU
TANJUNG BIDARA 26 September - Sirih junjung bukan hanya sekadar untuk menterjemahkan kreativiti bermain dalam minta dengan menggubah daun sirih...
MELAKA SEDIA RUANG BELIA KEMBANG POTENSI DALAM AKADEMIK, SUKAN
PENGKALAN BATU 25 September - Peluang menyertai program akademik dan sukan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka memberi ruang kepada golongan...
KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU KINI BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 September - Kapal Ex-KD Sri Terengganu di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, kini berwajah...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB
AYER KEROH 25 September - Ayam serendah RM5 seekor serta pelbagai barangan basah dan kering sehingga 50 peratus lebih rendah...
MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16
BANDARAYA MELAKA 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih berteka-teki mengenai bayangan calon yang bakal...

