Tiga projek MBMB raih anugerah di MTE2023

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 23 Oktober – Santai @ Banda Hilir, Melaka Car Free Zone bersama dua lagi projek di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meraih pengiktirafan pada Malaysia Technology Expo 2023 (MTE2023) baru-baru ini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman memaklumkan, dua lagi projek di bawahnya yang turut menerima pengiktirafan adalah Melaka Historic City SDG Voluntary Local Review (VLR) dan Taman SDG MBMB.

Katanya, Taman SDG MBMB merangkul anugerah emas bagi kategori Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi serta satu anugerah khas.

“Turut menerima anugerah emas adalah projek Santai @ Banda Hilir, Melaka Car Free Zone yang diilhamkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bagi kategori Kesihatan dan Kesejahteraan.

“Satu lagi anugerah emas adalah projek Melaka Historic City SDG Voluntary Local Review (VLR) di bawah kategori Alam Sekitar dan Sumber Semula jadi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata kemenangan kesemua projek di bawah MBMB itu, bakal menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri mampan tidak lama lagi.

“MTE2023 Sustainable Development Goals International Innovation Awards ini merupakan acara tahunan yang menghimpunkan inovator global, usahawan, penyelidik saintis dan pakar pelbagai bidang serta industri untuk mempamerkan inovasi terkini .

“Ia juga platform untuk membangunkan teknologi dan penyelesaian yang lebih baik untuk membentuk masa depan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1054
Kongsi :
Previous post PTD terima beret merun dan sayap penerjunan kanan
Next post Ladang sawit terbakar, bomba giat padam kebakaran
Ubah saiz-+=