TMM2024: Melancong ke Melaka berpeluang menang kereta

Masa Membaca:50 Saat

KUALA LUMPUR 14 Julai – Bukan sahaja boleh menikmati pelbagai tarikan pelancongan menarik, bahkan pelancong yang datang ke Melaka tahun depan juga berpeluang menang empat buah kereta.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, itu merupakan antara tarikan yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi menyemarak sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Kata beliau, selain kereta, pelbagai lagi hadiah menarik disediakan, antaranya motosikal, basikal dan peralatan elektrik yang disediakan sepanjang tahun depan.

“Hadiah ini disediakan sepanjang tahun hadapan dan sudah tentulah dengan terma dan syarat yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara secara langsung menerusi Buletin Utama TV3, sebentar tadi.

Menurut Ab Rauf, selain hadiah cabutan bertuah, pelbagai program menarik sudah dirangka sepanjang tahun depan bagi menarik kehadiran pelancong.

Antaranya, Melaka International Marathon, tarikan belon udara panas dan pertandingan memancing ikan darat di Sungai Melaka.

“Kita juga akan melaksanakan zon bebas kenderaan (di Banda Hilir) untuk menggalakkan pelancong menikmati tarikan yang disedia dengan menaiki beca,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1385
Kongsi :
Previous post Pemuda maut selepas hantar pesanan makanan
Next post Lelaki maut, isteri parah nahas tiga kenderaan
Ubah saiz-+=