
TNB LAKUKAN SIASATAN DALAMAN BERHUBUNG INSIDEN MELIBATKAN DUA KAKITANGANNYA
PENGKALAN BATU 21 Julai – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menubuhkan pasukan siasatan dalaman berhubung kecederaan dua pekerjanya akibat percikan arka ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah stesen pencawang di Jalan Bachang, di sini, jam 10.38 pagi tadi.
Menurut kenyataan rasmi TNB yang dikongsikan di laman Facebook TNB Careline, kedua-dua mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital dan dipantau rapi oleh pasukan perubatan.
“TNB telah menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca insiden dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkenaan. Keselamatan warga kerja dan orang awam dalam semua operasi yang dijalankan adalah komitmen utama kami.
“Pihak TNB turut merakamkan penghargaan kepada orang awam serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang bertindak pantas memberi bantuan awal kepada mangsa di lokasi kejadian,” kata kenyataan itu.
Dalam masa yang sama, TNB mengingatkan semua pihak agar berhati-hati apabila berada berhampiran pepasangan elektrik dan segera melaporkan sebarang gangguan bekalan, kerosakan lampu jalan atau isu berkaitan elektrik melalui saluran rasmi di talian hotline, 15454 atau emel ke [email protected].
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
