‘Tokan’ dadah kepada warden penjara dan suami diberkas

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

AYER KEROH 17 Feb. – Polis memberkas mekanik yang dipercayai menjadi pembekal dadah kepada seorang warden wanita Sekolah Henry Gurney (SHG), Telok Mas dan suaminya di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, lelaki berusia 31
tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di rumahnya di Telok Mas di sini jam 3.30 petang semalam.

Menurutnya, ketika serbuan, isteri dan dua anaknya turut berada di rumah sebelum pemeriksaan menemui lelaki terbabit berada di atas katil di dalam bilik sambil memegang sekotak rokok.

“Pemeriksaan di dalam kotak rokok menemukan dua paket plastik lutsinar dipercayai syabu seberat 1.70 gram dan tumbuhan kering seberat 0.30 gram disyaki ganja.

“Selepas ditahan, hasi saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya siasatan awal mendapati, bapa kepada dua anak itu turut mempunyai 12 rekod jenayah lampau termasuk 10 daripadanya kesalahan berkaitan dadah.

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku mula mula terlibat dengan dadah sejak 2017 sebelum menjadi pembekal dadah sejak tiga tahun lalu termasuk menjadi pembekal kepada suami warden berkenaan.

“Pihak polis akan meneruskan siasatan untuk menahan pembekal dadah kepada mekanik terbabit,” katanya sambil menambah permohonan reman suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Melaka.

Zulkiflee menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki 1.70 gram dadah jenis Methamphetamine (syabu) dan
Seksyen 6 akta sama kerana memiliki ganja.

Suspek juga katakan akan dituduh mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 kerana positif dadah.

Selasa lalu, media melaporkan warden wanita terbabit berusia 40 tahun itu dicekup kira-kira pukul 7.15 malam Isnin lalu oleh sepasukan anggota dari JSJN IPD Melaka Tengah.

Tangkapan dibuat hasil maklumat daripada penyelia sekolah berkenaan mengenai kesalahan dilakukan suspek yang telah bertugas sebagai warden di SHG Telok Mas sejak 14 tahun lalu.

Susulan itu, semalam polis menahan suami kepada warden wanita terbabit yang berusia 42 tahun selepas didapati positif dadah jenis syabu.

Views:

1637
Kongsi :
Previous post Mahkamah Tinggi arah Rosmah bela diri atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid
Next post ITP sedia bantu golongan minat bidang keusahawan
Ubah saiz-+=