‘Toleh ke belakang, lihat apa gadaian kita selama ini’ – Hishammuddin

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

JASIN 14 November – “Penting untuk kita menoleh semuka ke belakang melihat apa yang telah menjadi gadaian kita selama ini?”

“Kita tiada masa untuk fikirkan perkara yang remeh kerana satu masa dahulu yang menjadi gadaian itu adalah parti keramat UMNO”.

Itu kata Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) merangkap Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama calon BN Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad di Dewan Alamanda Jasin di sini, hari ini.

Katanya, sekaranglah bukan masanya untuk memikirkan perkara yang remeh, sebaliknya BN perlu dimenangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk membela nasib anak, cucu dan cicit pada masa masa akan datang.

“Kita melalui satu zaman yang cukup seksa untuk memastikan bahawa parti kita wadah paling relevan untuk membela anak, cucu cicit kita.

“Jawatan dan kedudukan tidak penting, maruah kita yang menjadi perjuangan, akhirnya sedikit demi sedikit Tuhan membantu kita bila kita sabar,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Abdul Rahman; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang; Ketua MCA Bahagian Jasin, Datuk Koh Chin Han; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim; Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Adun Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga calon BN Parlimen Sembrong turut berpesan kepada jentera BN agar tidak melupakan detik hitam yang telah berlaku pada tahun 2018.

“Saya tak mahu lihat jentera kita lupa atas apa kita diuji dan lalui dahulu. Kita merupakan orang perjuangan yang setia kepada BN.

“Berada di hadapan saya ini tetap berjuang habis-habisan untuk parti keramat BN kita kumpul semula wakil-wakil rakyat kita, hari-hari kita jumpa mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1854
Kongsi :
Previous post Majoriti Rancangan Tebatan Banjir di Melaka mula dilaksana – KM
Next post ‘Kalau ada bukti, sila bawa untuk disiasat’ – Hishammuddin
Ubah saiz-+=