TREK MONOREL JADI LALUAN PEJALAN KAKI

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 6 November – Satu produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan pejalan kaki menggunakan trek monorel di Jalan Tun Ali akan diwujudkan dalam masa terdekat.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata konsep baharu itu bertujuan memberi peluang kepada pengunjung untuk bersantai sambil menikmati pemandangan sekitar dengan melalui trek sejauh lima kilometer.

“Baru-baru ini kita ada berbincang dengan peringkat Kerajaan Negeri yang mana Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sendiri memberi kami beberapa idea bagi menambah baik projek monorel ini.

“Insya-Allah projek ini akan bermula dalam masa terdekat yang mana trek monorel sebelum ini akan ditukar konsep menjadi laluan pejalan kaki bagi mereka yang datang ke Melaka.

“Pengunjung boleh melihat keindahan produk pelancongan di sepanjang Sungai Melaka sejauh lima kilometer,” katanya dalam Podcast Mana Lagi? Melaka Ler! di Studio Melaka TV, di sini hari ini.

Katanya terdapat juga kawasan istirehat dan beberapa arca untuk dijadikan sebagai ‘port’ berswafoto.

“Jadi di sepanjang laluan itu nanti akan ada lampu-lampu hiasan yang menarik beserta arca untuk pengunjung bergambar.

“Ini idea Ketua Menteri sendiri yang minta saya memikirkan cara atasi masalah sebelum ini, projek ini akan mengambil masa kira-kira setahun lebih untuk siap sepenuhnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3100
Kongsi :
Previous post MPAG LAKSANA 37 OPERASI TERNAKAN BERKELIARAN
Next post ECO CRUISE SUNGAI LINGGI JADI PILIHAN PELANCONG HUNGARY
Ubah saiz-+=