TS35 aspirasi pulih ekonomi Melaka – KM

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 21 Sept. – Gagasan Menuju Transformasi Sejahtera 2035 atau TS35 menjadi kanvas baharu kerajaan negeri bersifat inklusif yang sarat dengan aspirasi ke arah memulihkan ekonomi Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, gagasan itu adalah harapan serta wawasan kerajaan negeri TS35 yang akan diwariskan kepada anak-anak di masa akan datang.

“Ternyata TS35 ini menjadi kanvas baharu bersifat inklusif…sarat di dalamnya dengan aspirasi demi membawa Negeri Melaka pulih ekonominya, terjaga kebajikan rakyatnya.

“Selain kemakmuran yang dikongsi bersama, bersiap siaga mendepani Industri 4.0 dan Komuniti 5.0. TS35 ini kita akan wariskan kepada anak-anak muda, waima cucu zuriat keturunan kita.

“Ada orang bertanya saya, Tok Leman, semua dasar inisiatif dan transformasi tersebut, hendak dibawa ke mana? ke arah
mana yang hendak dituju sebetulnya?

“Apa jua dasar dan perancangan kita itu, sebenarnya berfokus kepada apa yang saya gagas atau istilahkan sebagai Menuju Transformasi Sejahtera 2035 atau TS35 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Keempat Belas ‘Menuju Transformasi Sejahtera 2035 (TS35) di Seri Negeri hari ini.

Sulaiman berkata semua transformasi itu dibuat satu persatu, berterusan dan tidak akan berhenti.

“Ini meliputi transformasi politik dan pentadbiran, transformasi agensi dan anak syarikat kerajaan serta transformasi ekonomi dengan mewujudkan Pembangunan Zon Ekonomi Persisir Pantai Melaka (M-WEZ) M-WEZ,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

377
Kongsi :
Previous post Ketua Menteri umum inisiatif Transformasi Sejahtera 2035
Next post Skim persaraan swasta Malaysia perlu ditambah baik- Tengku Zafrul
Ubah saiz-+=