Ketua Menteri umum inisiatif Transformasi Sejahtera 2035

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

SERI NEGERI 21 Sept. – Kerajaan Melaka mengumumkan transformasi politik dan pentadbiran yang merentasi sempadan politik demi kestabilan negeri dan kebajikan rakyat Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata beliau membuat tawaran baharu atau “A New Deal” kepada barisan pembangkang negeri ini demi kestabilan politik, pemulihan ekonomi dan bagi mengekang wabak COVID-19.

Berucap di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, beliau menggariskan sembilan ciri utama Transformasi Sejahtera Politik dan Pentadbiran 2035 atau TS35 yang beliau sifatkan sebagai “kanvas baharu yang bersifat inklusif.”

Beliau berkata TS35 adalah lanjutan daripada inisiatif “Keluarga Malaysia” yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Ia meliputi transformasi parlimen dan pentadbiran dengan pihak pembangkang.

Sulaiman berkata demikian semasa membentang usul terima-kasih kepada Ucapan Perasmian Pembukaan Sidang DUN oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam semalam.

Dalam ucapan beliau selama sejam, Sulaiman turut menyentuh mengenai usaha kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19, memulih ekonomi negeri dan membantu rakyat.

Dewan DUN mempunyai 28 kerusi, termasuk 17 wakil parti kerajaan.

Sulaiman berkata inisiatif-inisiatif utama di bawah TS35 bagi membina perpaduan “Keluarga Besar Melaka” adalah seperti berikut:

1. Peruntukan baharu RM50,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam bentuk sumbangan kit makanan. Ia melibatkan peruntukan sejumlah RM1.4 juta.

2. Menaikkan peruntukan emolumen untuk Pusat Khidmat ADUN kepada DUN pembangkang kepada RM60,000 daripada RM42,000 mulai Januari lalu.

3. Wakil rakyat pembangkang dijemput menyertai Jawatan Kuasa Khas COVID-19 Melaka (yang akan dijenamakan kepada Majilis Pengurusan dan Pemulihan COVID-19 (MPPC).

4. Wakil rakyat pembangkang dicadang dijemput menyertai Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) yang kini hanya melibatkan ADUN-ADUN Kerajaan.

5. Wakil rakyat pembangkang dicadang menjadi anggota Ahli Majis Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka (MTENM).

6. Transformasi Sejahtera Agensi dan Perkhidmatan Kerajaan.

7. Menghulur salam persahabatan kepada wakil rakyat pembangkang pada sidang DUN Bajet 2021.

8. Memperhebat dan menggalakan pelaburan degan mempromosi Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelaburan yang kondusif.

9. Pakej Ransangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

860
Kongsi :
Previous post Pegawai AADK didakwa sebabkan kematian seorang lelaki
Next post TS35 aspirasi pulih ekonomi Melaka – KM
Ubah saiz-+=