
Pegawai AADK didakwa sebabkan kematian seorang lelaki
YAN 21 Sept. – Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hari ini didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki pada Julai lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Md Ilyas Syahmi Ibnu, 34, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad.
Mengikut pertuduhan, Md Ilyas Syahmi yang bertugas di AADK Kuala Muda didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian seorang lelaki berumur 24 tahun di hadapan bangunan Pejabat Penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda, Sungai Petani kira-kira 10.40 malam pada 18 Julai.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 20 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik dan kimia.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat dan Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala Peguam Mohd Shafiq Ahmed Bazari dan Nur Elissa Baharudin mewakili Md Ilyas Syahmi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMERKASAAN BAKAT PROFESIONAL MARITIM, PELABURAN PENTING UNTUK MALAYSIA
KUALA LINGGI 1 Oktober - Pembangunan sumber manusia berkemahiran dan berkualiti dalam bidang maritim adalah satu bentuk pelaburan penting sebagai...
MELAKA RAIH TUJUH PENARAFAN PENGURUSAN ADUAN AWAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kecekapan pengurusan aduan awam Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka mendapat pengiktirafan menerusi tujuh kategori...
TAPEM SEDIA BANTU ANAK MELAKA LANJUTKAN PENGAJIAN DI ALAM
KUALA LINGGI 1 Oktober - Melaka berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pelaut tempatan dan tenaga kerja mahir dalam bidang maritim,...
ANUGERAH TOKOH PANGLIMA AWANG, IKTIRAF KECEMERLANGAN ANAK MELAKA DALAM BIDANG PENGAJIAN MARITIM
KUALA LINGGI 1 Oktober - Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan Anugerah Tokoh Panglima Awang sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada pelajar...
TENDER JEJANTAS TUN TEJA TELUS, IKUT PROSEDUR PEROLEHAN – MBMB
AYER KEROH 1 Oktober - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menafikan wujud sebarang unsur penyelewengan atau ketidaktelusan dalam proses pemilihan...
‘MEMANG MATA TAK NAMPAK, TAPI SAYA CAM ITU SUARA AH SEM’
MACHAP JAYA 1 Oktober - Gaya pertuturan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem masih...
