
Maklumat mengenai COVID-19 disalur di semua platform
SERI NEGERI, 21 Sept – Pengerusi Jawatankuasa Khas COVID-19 (JKC-19) Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan menegaskan setiap maklumat mengenai COVID-19 telah disalurkan kepada setiap platform media oleh kerajaan.
Katanya, penyaluran maklumat tersebut adalah bagi memastikan setiap rakyat Malaysia mengambil maklum tentang perkembangan semasa COVID-19 negara serta Melaka.
“Setiap maklumat mengenai perkembangan COVID-19 disampaikan secara teliti dan pemerolehan maklumat boleh didapati dalam aplikasi Mysejahtera sendiri.
“Jadi, adalah tidak benar jika mengatakan maklumat tidak disampaikan secara efisien, memandangkan pihak kerajaan telah salurkan di semua platform media dalam memudahkan orang ramai mudah peroleh setiap maklumat tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Datuk Tey Kok Kiew (PH-Banda Hilir) mengenai kaedah penyampaian maklumat oleh Jawatankuasa COVID-19, dalam Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di sini, sebentar tadi.
Tambahnya, maklumat yang disalurkan adalah berdasarkan input yang diperoleh kerajaan dari semasa ke semasa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TRANSFORMASI ZOO MELAKA SEBAGAI DESTINASI KELUARGA – CMI
AYER KEROH 27 Jun - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) memperhebat usaha memperkasakan Zoo Melaka menerusi pelbagai penambahbaikan termasuk menaik...
PROGRAM JOM SANTAI @DATARAN MBMB MERIAHKAN SUASANA MALAM MINGGU
AYER KEROH 27 Jun - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menganjurkan Program Jom Santai @ Dataran MBMB susulan kehadiran pengunjung...
TUN DR. MOHD ALI RAI 50 ANAK YATIM DUN RIM SEMPENA HARI ASYURA
RIM 26 Jun - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari...
MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA
PANTAI KUNDOR 26 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak yatim bersempena Hari...
213 ANAK YATIM PARLIMEN ALOR GAJAH DIRAIKAN SEMPENA HARI ASYURA
REMBIA 26 Jun - Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 213 anak-anak yatim yang diraikan pada Majlis Menyantuni Anak-Anak Yatim...
7 DEKAD, KELAB BELL BELIA TAMIL TERUS BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT
AYER KEROH 26 Jun - Program Derma Darah 2026 anjuran bersama Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia dan Majlis Kelab...

