Tiada rekod diterima kes jenayah ragut di Duyong – KM

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

SERI NEGERI 21 Sept. – Tiada laporan kejadian jenayah samun dan ragut direkodkan di kawasan Duyong sejak pandemik COVID-19 melanda negara dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2021 lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, namun orang ramai diingatkan supaya terus berhati-hati dan tidak membawa wang berlebihan atau memakai barang kemas yang berlebihan.

“Semakan mendapati tiada sebarang laporan kejadian jenayah ragut di kawasan Duyong dalam tempoh 18 Mac 2020 sehingga 31 Ogos 2021.

“Namun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil pendekatan proaktif ‘policing’ yang mana telah menjalankan operasi pencegahan jenayah dan program kepolisan komuniti di kawasan Duyong.

“Antaranya menjalankan rondaan menerusi Unit Peronda Kereta (MPV) dan unit Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang lebih efektif.

“Ia mengikut kajian kes samun yang berlaku dengan menjadikan tempat-tempat sasaran ragut sebagai salah satu titik utama yakni ‘covering point’ dalam rondaan yang dijalankan,” katanya pada sesi pertanyaaan lisan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka yang Ke-14 hari ini.

Beliau menjawab soalan Damian Yeo Shen Li (DAP-Duyong) mengenai statistik jenayah ragut di sekitar kawasan DUN Duyong.

Kepada soalan Damian mengenai langkah-langkah efektif yang boleh diambil oleh PDRM bagi mengatasi jenayah itu, Sulaiman berkata,
PDRM juga menjalankan program kepolisian komuniti di kawasan DUN Duyong.

Katanya, dijalankan oleh Skuad Aman Wanita (AMANITA) dalam usaha mendekati kaum wanita yang sering menjadi mangsa samun ragut.

“Antara intipati perjumpaan adalah menyampaikan maklumat dan kesedaran betapa bahayanya kes samun dan ragut yang boleh membawa maut serta pencegahan kendiri yang perlu diambil berat masyarakat.

“Pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga menjalankan operasi trafik di kawasan DUN Duyong untuk mengurangkan aliran trafik yang sesak secara tak langsung menyukarkan pergerakan jenayah samun,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

571
Kongsi :
Previous post Hidup bersama COVID-19 tapi perlu kawal secara serius – Ghafaar
Next post Maklumat mengenai COVID-19 disalur di semua platform
Ubah saiz-+=