Tubuh koperasi bantu golongan terkesan

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BUKIT BARU 12 Mac. – Jabatan Pendidikan Melaka disaran menubuhkan sebuah koperasi bagi menyediakan barangan keperluan asas untuk kegunaan warga koperasi yang terlibat.

Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Kamarudin Ismail berkata, dengan jumlah Pembantu Operasi Sekolah Rendah N11 dan N14 yang ada sudah pasti ia boleh mendatangkan keuntungan khususnya kepada koperasi dan warganya.

“Ia merupakan satu aktiviti yang boleh mendatangkan keuntungan bukan sahaja kepada koperasi, malah warga koperasi sendiri.

“Di Daerah Melaka Tengah saja ada 125 pembantu operasi, jadi jumlah ini sudah cukup jika mahu tubuhkan satu koperasi,” katanya.

KAMARUDIN (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Pembantu Operasi yang terlibat pada majlis itu.

Beliau berkata demikian kepada MHI selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Daripada ANGKASA Kepada Pembantu Operasi Sekolah Rendah N11 dan N14 dalam Daerah Melaka Tengah, Jabatan Pendidikan Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Dewan Bistari Jabatan Pendidikan Melaka, hari ini.

Pada majlis itu, ANGKASA memperuntukkan RM5,000 dalam bentuk barangan asas untuk disampaikan kepada pembantu operasi.

Tambahnya, setakat hari ini ANGKASA memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi menyalurkan sumbangan itu sejak 2020.

“Hari ini kita berikan kepada Jabatan Pendidikan Melaka dengan harapan dapat meringankan sedikit kesusahan mereka.

“Sumbangan ini untuk golongan berpendapatan rendah terutama semasa pandemik COVID-19 kerana ramai yang terjejas,” katanya lagi.

Hadir sama, Naib Presiden ANGKASA, Datuk Che Shukree Che Isa dan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Dr Mohd Azam Ahmad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

494
Kongsi :
Previous post OYO Hotel and Homes tawar penginapan untuk barisan hadapan di seluruh negara
Next post Bumbung 9 rumah di Kampung Pulai diterbangkan puting beliung
Ubah saiz-+=