Tujuh selebriti dikompaun langgar SOP PKPB

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KUALA LUMPUR 22 Jun – Seramai tujuh selebriti dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 pada April lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, enam individu masing-masing dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka manakala penganjur yang juga seorang selebriti dikompaun RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang majlis diadakan.

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah. Foto -Facebook IPD Dang Wangi.

 

“Semua yang terlibat telah dikompaun semalam dengan keseluruhan kompaun berjumlah RM19,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keputusan untuk mengenakan kompaun terhadap semua individu itu dibuat selepas pihaknya menerima kembali kertas siasatan kes daripada pejabat Peguam Negara semalam.

Pada 2 Mei lalu, polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bukit Bintang yang turut dihadiri beberapa artis.

Siasatan turut dilakukan selepas gambar penganjuran majlis berkenaan tular di media sosial yang memaparkan beberapa artis melanggar SOP kerana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri majlis berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

553
Kongsi :
Previous post Muhyiddin hilangkan gemuruh Orang Asli dapatkan suntikan vaksin COVID-19
Next post KPM cadang murid kelas peperiksaan dibenarkan kembali ke sekolah lebih awal
Ubah saiz-+=