Tukar tin buangan jadi ‘bunga’

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

BANDA HILIR 4 November – Tin aluminium yang digubah menjadi arca bunga-bungaan menobatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent Johor Bahru sebagai johan Pertandingan Rekaan Arca Dari Bahan Kitar Semula Eco Youth Challenge (WEYC) 2022

Kreativiti pelajar menghasilkan arca bertemakan bumi yang mekar (Blooming Earth) itu melayakkan sekolah berkenaan membawa pulang wang tunai RM2,000, trofi, beserta sijil.

WEYC 2022 merupakan program anjuran Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM) dengan penglibatan 65 buah sekolah dari selatan Semenanjung Malaysia iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Sebanyak lima kategori dipertandingan sepanjang empat bulan pertandingan itu berlangsung bermula Jun hingga September 2022.

WhatsApp Image 2022-11-03 at 18.28.46
ANTARA Arca yang dihasilkan peserta.

Bagi kategori Pertandingan Kutipan Bahan Kitar Semula, SMK Tunku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan muncul johan dengan nilai kutipan 8,358.30 kilogram (kg), sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta sijil dan trofi kemenangan.

Manakala, Sekolah Menengah Agama Maahad Pontian, Johor pula dipilih menjadi juara bagi kategori Pertandingan Video Pendek bertajuk ‘Cara Aku Melihat Sampah’.

Sekolah tersebut berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta sijil dan trofi kemenangan.

WhatsApp Image 2022-11-03 at 19.23.43
WAKIL pelajar dan guru terlibat dari SMK Infant Jesus Convent ketika mengambil hadiah berupa replika wang bernilai RM 2,000 beserta sijil dan trofi kemenangan selepas muncul juara kategori Pertandingan Rekaan Arca Dari Bahan Kitar Semula.

Sementara itu, bagi kategori Pertandingan Esei WEYC 2022, Nur Afiqah Aliah Azhar dari Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM550, selain sijil dan trofi kemenangan.

Mohamad Harith Arsyad Abd Hamid dari SMK Pengerang Utama, Johor pula diangkat sebagai johan Pertandingan Mendeklamasi Sajak untuk memenangi wang tunai RM550 beserta sijil dan trofi kemenangan.

Untuk rekod, sepanjang program terbabit, sebanyak 110 tan sisa kitar semula berjaya dikutip dengan penglibatan keseluruhan 58,759 orang pelajar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2400
Kongsi :
Previous post WEYC 2022 kutip 110 tan sisa kitar semula dari 65 sekolah
Next post Misi selesai isu banjir 15 tahun
Ubah saiz-+=