Tun Mohd Ali terima kunjung hormat pengamal media Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 6 Mac – Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) mengadakan kunjung hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di pejabatnya, di sini, hari ini.

Pengerusi Kelab PENDIKA, Amir Mamat berkata, pertemuan lebih satu jam itu diadakan bertujuan memperkenalkan PENDIKA sebagai pertubuhan yang menjaga kebajikan wartawan, jurugambar dan juruvideo yang masih berkhidmat di negeri ini kepada Tun Mohd Ali.

Katanya, PENDIKA turut mengambil peluang untuk beramah mesra dan bertukar pandangan bersama Tun Mohd Ali yang sebelum ini sangat dikenali sebagai pemimpin yang dekat dengan pengamal media.

“Menerusi pertemuan itu Tun Mohd Ali turut bersetuju pada dasar untuk agensi berita Melaka mengadakan pertukaran berita bersama Indonesia.

“Selain itu, kita (PENDIKA) turut menerima pandangan daripada TYT mengenai perancangan program dan aktiviti tahunan,” katanya.

Pada kunjung hormat tersebut, seramai lima ahli jawatankuasa PENDIKA yang terdiri daripada pengamal media negeri ini turut hadir.

Mengulas lanjut, Amir berkata PENDIKA turut menyuarakan cadangan untuk menganjurkan Hari Keluarga Media Melaka dan Majlis Jasamu Dikenang yang akan menghimpunkan bekas pengamal media Negeri Melaka yang telah bersara.

“Namun (perkara) itu masih diperingkat cadangan, dan kita mendapat reaksi positif daripada Tun Mohd Ali pada pertemuan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3877
Kongsi :
Previous post Golongan memerlukan tidak terpinggir – Mohd Ridhwan
Next post Cadang tawar pakej pelancongan dua hala Yala-Melaka
Ubah saiz-+=