Tunai janji atasi masalah banjir Taman Paya Rumput Indah

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PAYA RUMPUT 23 Julai – Kira-kira 100 perumahan penduduk di Taman Paya Rumput Indah yang sebelum ini dibelenggu masalah banjir mungkin dapat menarik nafas lega tidak lama lagi.

Ia selepas projek pembesaran longkang dan saliran di taman berkenaan sudah diluluskan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Setiausaha JAPERUN Paya Rumput Mohd Khawari Fazmi Zulkefli berkata, projek itu direalisasikan hasil usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin yang meminta agar projek berkenaan disegerakan.

Katanya, projek itu juga merupakan antara janji yang tertakluk pada manifesto Rais yang mahu menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku di DUN Paya Rumput.

“Setakat ini, kita dimaklumkan open tender sudah dibuka MBMB, namun peruntukan sebenar kerja-kerja membesarkan longkang dan saliran masih belum diketahui.

“Sebelum ini, kira-kira 100 buah rumah di Taman Paya Rumput Indah kerap dibelenggu masalah banjir terutama bila berlaku hujan lebat berpanjangan.

“Justeru, bagi membantu penduduk terjejas, Datuk Rais telah membuat permohonan dan meminta kerja-kerja ini disegerakan memandangkan penyelesaian isu banjir merupakan antara manifesto yang ditetapkannya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sebelum ini, Taman Paya Rumput Indah menjadi antara kawasan yang sering dibelenggu masalah banjir kilat di DUN Paya Rumput, selain Kampung Tanjung Minyak, Kampung Lanjut Manis, Kampung Tampoi, Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama dan Kampung Tanjung Minyak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1400
Kongsi :
Previous post RM95,000 bantu baik pulih, bina rumah penduduk susah
Next post Piala FA: Impian Melaka United cipta sejarah ke separuh akhir berkecai
Ubah saiz-+=