TYT, 600 jemaah hadiri Bacaan Yasin Perdana MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

BUKIT PALAH 14 April – Kira-kira 600 jemaah menghadiri Majlis Kesyukuran Dan Bacaan Yasin Perdana Bandaraya Melaka Bersejarah di Masjid Al-Azim, Bukit Palah hari ini.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman.

Ketibaannya kira-kira jam 6.20 petang disambut EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Negeri Datuk Rahmad Mariman; Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu dan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dimulakan dengan bacaan yasin dan doa yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Sebelum azan Maghrib berkumandang, Tun Mohd Ali mewakili MBMB sempat menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada pihak masjid yang diwakili Imam Besar Masjid Al Azim, Datuk Mohammad Hashim.

Sumbangan itu bertujuan untuk mengimarahkan program-program keagamaan di masjid berkenaan.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahfiz sempena Majlis Kesyukuran Dan Bacaan Yasin Perdana Bandaraya Melaka Bersejarah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-19 Majlis Bandaraya Bersejarah 2022 di Masjid Al-Azim, Bukit Palah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sumbangan turut disampaikan kepada kira-kira 100 anak Tahfiz Darul Ulum Al Arabiyyah Al Islamiyyah, Pulau Gadong.

Selepas itu, beliau bersama pemimpin dan jemaah yang hadir berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, disusuli solat Isyak dan tarawih berjemaah.

Majlis diakhiri dengan jamuan moreh bersama tetamu yang hadir.

Untuk rekod, majlis kerohanian itu merupakan antara pengisian program oleh MBMB bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-19 Majlis Bandaraya Melaka (MBMB) Bersejarah 2022 pada 15 April.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1370
Kongsi :
Previous post DM Mart platform pacu pasaran produk PKS
Next post Di sebalik kontroversi, Melaka United masih harmoni
Ubah saiz-+=