
TYT hadir ke Gotong-Royong Perdana Taman Botanikal

AYER KEROH 6 Sept. – Kira-kira 350 jemputan hadir bagi menyertai Program Gotong-Royong Perdana di Taman Botanikal, sebentar tadi.
Program itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam kira-kira jam 8 pagi.

Ketibaan Mohd Ali disambut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Shadan Othman.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti membersihkan longkang, mengutip sampah, mengutip daun kering, menebang serta mencantas pokok dan lain-lain.
Kerja-kerja tersebut bagi mengindahkan kawasan Taman Botanikal sekali gus memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir.
Views:
Related

Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...

