UMNO jangan sombong…

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

Asahan 4 Ogos -UMNO dinasihatkan agar tidak ‘sombong’ malah perlu bersedia menerima individu yang mahu bersama parti itu dalam mengukuhkan kerajaan negeri di Melaka.

Ketua Bahagian UMNO Bahagian Alor Gajah Datuk Seri Ghaafar Atan menyifatkan penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, wakil rakyat yang kini memegang tiket sebagai ADUN bebas masih belum membuat keputusan untuk menyertai UMNO.

Menurutnya, beliau yakin bahawa wakil rakyat berkenaan positif untuk bersama parti itu.

“Kalau saya jadi dia (Norhizam) pun saya akan berkecil hati kerana ada yang menghasut jangan memilih beliau semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Itu kadang-kadang saya nak marah dengan orang UMNO, sepatutnya kita bersama dan menyatu ke arah kebaikan bersama bagi membentuk penyatuan ummah dan jangan diiungkit perkara lama yang sudah berlaku” katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau program Jom Vaksin Bersama Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Kementerian Kesihatan (KKM) di Japerun DUN Asahan, di sini hari ini.

Beliau yang juga ADUN Asahan, Norhizam difahamkan telah memaklumkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali untuk bersama parti itu dalam masa terdekat ini.

“UMNO juga perlu sedar kerana pemerintahan sekarang ini bukanlah dalam keadaan UMNO menang, namun dalam keadaan UMNO kalah tetapi atas rezeki ALLAh mengizinkan pentadbiran UMNO kini ditadbir di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya juga rasa susah untuk Pakatan Harapan untuk merampas Melaka semula dan ini pentingnya kedudukan Norhizam itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

459
Kongsi :
Previous post Sidang DUN Melaka 6 hingga 10 September
Next post UMNO Melaka teguh menyokong MKT
Ubah saiz-+=