
Upacara pernikahan dibenarkan, SOP berbeza mengikut kawasan PKP, PKPB & PKPP
PUTRAJAYA 18 Feb. – Upacara pernikahan di negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh diadakan di masjid selain di pejabat agama seperti yang dibenarkan sebelum ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata untuk kawasan PKP, seramai 20 tetamu tidak termasuk jurunikah dan saksi dibenarkan untuk majlis terbabit di masjid.
Jelasnya, bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB), had maksimum jumlah kehadiran upacara akad nikah dibenarkan sebanyak 50 peratus mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal satu meter.
“Bagi kawasan PKP Pemulihan (PKPP) pula, upacara pernikahan dibenarkan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal sejauh satu meter,” katanya pada sidang media PKP, di Putrajaya, di sini, hari ini.
Tambahnya, untuk Prosedur Standard Operasi (SOP) upacara pernikahan bagi pasangan bukan Islam akan diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara.
Views:
Related


Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
