
UPDATE : Kanak-kanak hilang ditemui lemas
PANTAI KUNDOR 19 Mei. – Kanak-kanak berusia sembilan tahun yang hilang selepas bermain di tali air bersama dua rakannya ditemui lemas sebentar tadi.
Mayat Badrol Azhan Nizam Bachik, 9, ditemui terapung oleh pasukan elit bomba iaitu Multi Skill Team (MUST) jam 9.35 pagi tadi.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata mayat kanak-kanak itu ditemui berdekatan mayat mangsa pertama, Muhammad Fakhrullah Rozami, 9, yang ditemui lemas oleh bapanya sendiri dalam tali air berkenaan, jam 6 petang semalam.
“Pasukan bomba melakukan pencarian semula di air sebelum pasukan MUST menemui mangsa berdekatan lokasi penemuan mayat pertama,” katanya
Berita lanjut menyusul.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PASANGAN KEKASIH DITAHAN SEMBUNYI KELAHIRAN, GUGUR KANDUNGAN
AYER KEROH 6 Mei – Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes menggugurkan kandungan secara paksa serta menyembunyikan janin...
WRUR AYER MOLEK: RAKYAT MOHON KESELAMATAN DI SEKOLAH DITAMBAH BAIK
AYER MOLEK 6 Mei - Keselamatan pelajar di kawasan sekolah menjadi perhatian apabila menjadi antara aduan yang dikemukakan orang ramai...
PERPUSTAM SASAR BUKA DUA PERPUSTAKAAN KERJASAMA TAHUN INI
AYER MOLEK 6 Mei - Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menyasarkan sekurang-kurangnya dua lagi perpustakaan kerjasama akan dibuka pada tahun...
KESELAMATAN PELANCONG PERLU DIUTAMAKAN – MOTAC MELAKA
BANDARAYA MELAKA 6 Mei - Semua syarikat bas dan van persiaran serta pengusaha pelancongan di negeri ini diingatkan supaya sentiasa...
WRUR AYER MOLEK: RAKYAT PUJI KETERBUKAAN KERAJAAN NEGERI SANTUNI ADUAN
AYER MOLEK 6 Mei - Program Hari Aduan Rakyat sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MATTA FAIR MELAKA 2026 REKOD JUALAN LEBIH RM8 JUTA
BANDARAYA MELAKA 5 Mei - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka berjaya mengutip jualan lebih RM8 juta pada...

