USIM laksana misi pertama pasca banjir di Kemaman

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

NILAI 4 Mac – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menggerakkan kumpulan pertama melibatkan 47 sukarelawan dalam Misi USIMPrihatin Pasca Banjir ke Kemaman, Terengganu.

Misi itu melibatkan sukarelawan terdiri daripada 39 pelajar dan lapan kakitangan USIM ke Kemaman bermula hari ini (Jumaat) sehingga Ahad ini.

Penuntut Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Umairatul Izzah Md Ariff Maricar, 24 berkata lokasi utama misi itu adalah di Kampung Air Puteh bagi operasi pencucian kediaman penduduk kampung yang terjejas, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Puteh dan Masjid Kampung Air Puteh.

“Selain itu turut dilaksanakan agihan sumbangan barangan asas seperti makanan, keperluan bayi, ubat-ubatan, tilam dan bantal.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima mahasiswa USIM untuk bersama dalam bantuan pasca banjir ini amat baik, kita memerlukan kira-kira 30 sukarelawan saja bagi misi ini, tetapi permohonan yang diterima mencecah 70 orang.

MISI itu melibatkan sukarelawan terdiri daripada 39 pelajar dan lapan kakitangan USIM ke Kemaman bermula hari ini (Jumaat) sehingga Ahad ini.

“Ini menunjukkan siswa kita begitu prihatin dan bersedia untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan terjejas dengan bencana banjir ini. Bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sendiri, seramai 10 pelajar turut terlibat sama,” katanya pada pelepasan misi tersebut di Pusat Sukan USIM, pagi tadi.

Katanya sebelum ini pihaknya turut menjayakan misi pasca banjir pada tahun lalu melibatkan negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

“Ini salah satu inisiatif warga USIM agar sentiasa menjaga, menunjukkan akhlak serta teladan yang baik sepanjang menjayakan misi ini,” katanya.

Misi tersebut disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Dr Adnan Mohamed Yusoff.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

935
Kongsi :
Previous post J.U.S.T Club juara sepak takraw Piala Sulaiman
Next post Penipuan pelaburan Planetrade: ‘Datuk Seri’ antara sembilan individu ditahan
Ubah saiz-+=