
WANITA 70 TAHUN DITAHAN PANDU KERETA DI LORONG MOTOSIKAL
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku di Kilometer 8.6 JSAHMS dari Batu Kawan menghala Batu Maung, kira-kira 1.30 petang semalam.
“Bertindak hasil maklumat, polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS berjaya mengesan pemandu wanita berusia 70 tahun itu dan membawanya ke IPD SPS untuk tindakan lanjut.
“Pihak polis juga telah membuka satu kertas siasatan di bawah Kaedah 8(3), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) kerana memandu di lorong tidak dibenarkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPS di talian 04-5858222 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi enam saat memaparkan wanita itu memandu kereta jenis Proton X50 di lorong motosikal di jambatan berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TELUR ASIN BUKIT SEDANAN BERSIH, BERKUALITI
ASAHAN 15 April - Telur asin lazimnya sinonim dengan kaedah pembuatan tradisional menggunakan abu gosok daripada arang dan sekam padi....
BERMALAM DI MUZIUM MELAKA TERAP NILAI STEM, REKREASI
AYER KEROH 15 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kembali menganjurkan program 'Sleepover @ The Museum', namun menawarkan pengalaman berbeza...
WRUR GADEK: ISU INFRASTRUKTUR ANTARA 160 ADUAN DITERIMA
GADEK 15 April - Isu membabitkan infrastruktur antara 160 aduan yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
BERMULA DARI JALANAN, DODOL KAMPUNG ABBEY KINI SEMAKIN DIKENALI
ASAHAN 15 April - Nostalgia menjaja dodol dari kampung ke kampung dengan menunggang motosikal tiga dekad lalu sentiasa segar dalam...
MPAG RANCANG BINA BAHARU, BAIK PULIH 11 KEDIAMAN TAHUN INI
GADEK 15 April - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) merancang untuk melaksanakan 10 projek baik pulih rumah dan membina sebuah...
MELAKA TUAN RUMAH KONGRES DUNIA ‘EAROPH’ 2026
AYER KEROH 14 April - Melaka sekali lagi mencipta nama di pentas antarabangsa apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran...


