
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran
GEORGE TOWN, 12 Februari – Seorang wanita warga emas melecur di bahagian tangan selepas dapur di rumahnya terbakar dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Midland, di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata mangsa, Tan Hong Keok @ Tan Moy Hong, 79, telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.40 pagi sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dihantar ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati ruang dapur sebuah rumah di kondominium itu terbakar dan seorang penghuni iaitu wanita warga emas mengalami kecederaan melecur di tangan dan telah diselamatkan sebelum dihantar ke hospital oleh ambulans.
“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dalam rumah itu dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAHASISWA PERLU BERFIKIRAN BESAR, BERANI CIPTA PELUANG BAHARU – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mempersiapkan anak muda kelahiran bumi bertuah ini sebagai pemimpin masa hadapan...
MeSRa: ANAK MUDA ASET MASA HADAPAN NEGERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sentiasa mengutamakan kecemerlangan...
BANTUAN RAMADAN PERKASA PERANAN MASJID DAN SURAU DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 14 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM467,000 kepada Parlimen Alor Gajah bagi diagihkan kepada 33 masjid kariah...
JUALAN MANTAI AIDILFITRI DUN AYER LIMAU TAWAR AYAM RM5 SEEKOR
AYER LIMAU 14 Mac - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berpeluang mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5 seekor...
INISIATIF PERKASA BELIA MELAKA TERUS DIPERTINGKAT – KM
KUALA LINGGI 14 Mac - Kerajaan Negeri memberi tumpuan serius terhadap usaha memperkasa potensi anak-anak muda di negeri ini menerusi...
LEBIH 1,400 PENDUDUK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN CAHAYA SYAWAL
AYER LIMAU 14 Mac - Lebih 1,400 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pelbagai bentuk sumbangan sepanjang...
