WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

MACHAP JAYA 23 Ogos – Semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima kemudahan WiFi percuma selaras usaha Kerajaan Negeri memastikan komuniti berkenaan turut menikmati akses internet yang lebih baik.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kemudahan itu akan disediakan di semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini sebagai sebahagian daripada usaha memperluas akses digital kepada masyarakat luar bandar khususnya.

Katanya, kemudahan WiFi secara tidak langsung akanΒ  menyokong proses pendidikan serta meningkatkan peluang anak-anak masyarakat Orang Asli memperoleh maklumat dan ilmu pengetahuan secara lebih meluas.

“Kita akan memberikan kemudahan Wifi percuma kepada perkampungan Orang Asli dan ia telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri

“Semua kampung Orang Asli di Melaka ini akan dapat kemudahan Wifi percuma ini,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutup Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya di Dewan Terbuka Kampung Baru Menggong, hari ini.

Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Adun Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem.

Yang turut hadir Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Menurut Ab Rauf, dengan penyediaan kemudahan WiFi percuma itu, ia dijangka dapat membantu anak-anak masyarakat Orang Asli mendapatkan akses yang lebih mudah kepada sumber pembelajaran khususnya.

“Dengan kemudahan ini anak-anak dapat belajar, menambah ilmu dan membuat kajian, sekali gus menjadi insan lebih cemerlang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

238
Kongsi :
Previous post TOK RAUF AGIH KUIH DARI MEJA KE MEJA, SANTUNI MASYARAKAT CINA MACHAP BARU
Next post PENANTIAN 15 TAHUN GENERASI KEDUA FELCRA BUKIT SEDANAN BERAKHIR