‘KITA TAK PILIH SIAPA MAHU DIDENGAR, SIAPA MAHU DIBANTU’ – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

MACHAP JAYA 23 Ogos- Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh cakna dan mengambil peduli suara semua rayat memerlukan perhatian atau sedang dalam kesulitan.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri tidak memilih siapa yang mahu didengar dan tidak membezakan siapa mahu dibantu selagi mereka berkenaan adalah rakyat Melaka.

Katanya, setiap kali turun padang jentera yang bergerak bersama beliau bukan sekadar berjumpa rakyat untuk menabur janji tetapi tetapi membuktikan bahawa setiap amanah yang dipikul mesti diterjemahkan kepada tindakan dan hasil.

“Inilah yang kita mahu buktikan menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa), insya-Allah selagi amanah ini berada di atas bahu saya, kita tidak akan berhenti setakat apa yang telah dilakukan.

“Yang belum selesai, kita sempurnakan…Yang masih kurang, kita perbaiki dan dan apa jua yang perlu diperjuangkan demi kepentingan rakyat, kita akan perjuangkan sehingga ada hasilnya,” kata Ketua Menteri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya di Dewan Terbuka Felda Tun Ghafar, Menggong, hari ini.

Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Adun Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem.

Yang turut hadir Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Ab Rauf berkata, bagi beliau bukan berapa banyak bantuan yang senaraikan atau berapa besar angka yang diumumkan tetapi sejauh mana setiap ringgit yang dibelanjakan itu benar-benar sampai manfaatnya kepada rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

347
Kongsi :
Previous post CUTI SEKOLAH: BELANJA RM70 DI MELAKA RIVER CRUISE BOLEH MENANG KERETA
Next post JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA BERITA BAIK UNTUK DUN MACHAP JAYA