Wisma Negeri ditutup, 27 kes direkodkan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 13 Feb – Bangunan Wisma Negeri ditutup selama tujuh hari selepas disahkan sebagai kawasan merah susulan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kakitangan pelbagai jabatan.

Exco Kesihatan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, bangunan itu diarahkan tutup bermula 10 hingga 17 Feb ini berikutan satu kematian direkodkan selain 27 kakitangan disahkan positif.

Katanya, perincian kes kematian dan individu yang positif setakat 11 Feb masih diperincikan dan penularan itu membabitkan lima jabatan yang bekerja dalam bangunan sama.

“Punca kes disebabkan kurang penjagaan prosedur operasi standard (SOP).

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan penutupan kerana risiko tempat kerja telah dinaikkan kepada amaran merah kerana kontak rapat masih bekerja dan ia boleh menyebabkan jangkitan berulang .

“Saringan sepenuhnya atau ‘total reset’ diperlukan disebabkan jangkitan telah meluas dalam bangunan berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, setakat Jumaat lalu, seramai 15 kes positif daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) manakala lima lagi positif serta satu kematian dari Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Melaka Tengah dan dua kes dari Jabatan Pertanian Melaka.

Jelasnya, lima lagi kes membabitkan tiga kakitangan dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dan dua dari lagi daripada kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Individu yang meninggal dunia belum ada perincian sama ada individu berisiko atau sudah memenuhi suntikan vaksin.

“Bangunan akan disanitasi sepenuhnya esok dan semua staf yang bekerja di dalam bangunan akan disaring mengikut tahap risiko dan mengikut jabatan masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2092
Kongsi :
Previous post PM mahu radio terus sebar informasi terkini
Next post MMA alu-alukan langkah kerajaan selesai isu doktor kontrak
Ubah saiz-+=