Sorting by

×

WRUR AYER KEROH: MPHTJ PERUNTUK RM20,000 BAIK PULIH KEDIAMAN UZUR

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 2 Mei – Inisiatif baik pulih kediaman penduduk dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dianggap sebagai satu pelaburan masa hadapan dalam mewujudkan persekitaran hidup lebih berkualiti, bersih dan mampan.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh pihaknya memperuntukan sebanyak RM20,000 bagi membantu membaik pulih kediaman golongan kurang mampu yang sudah uzur.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi menceriakan golongan memerlukan, kediaman uzur yang berwajah baharu dengan suasana lebih ceria sudah pasti menyuntik semangat baharu kepada penerima.

“Secara keseluruhan MPHTJ memperuntukan sebanyak RM100,000 bagi melaksanakan pelbagai jenis program sepanjang berlangsungnya WRUR DUN Ayer Keroh,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Kempen Kebersihan Dan Baik Pulih Rumah Bersempena WRUR DUN Ayer Keroh, di Kampung Sungai Putat, pada Khamis.

Terdahulu majlis disempurnakan oleh Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin dan turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh Kerk Chee Yee serta Setiausaha MPHTJ Mohd Faizal Mohd Zin.

Sapiah berkata, program itu melibatkan warga MPHTJ yang turun padang untuk bersama-sama melaksanakan kerja-kerja pembersihan, menukar bumbung bocor dan mengecat kediaman uzur didiami Muhammad Zain Kamaruddin, 34, bersama isteri yang sedang hamil.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

263
Kongsi :
Previous post CAJ PARKIR PASAR BORONG DITURUNKAN BERKUAT KUASA 1 MEI
Next post 1,000 AIR KELAPA PERCUMA UNTUK PENGUNJUNG MELAKA RIVER CRUISE MALAM INI