Sorting by

×

WRUR BANDA HILIR: BESAR MAKNA RM100 BUAT RAKYAT MEMERLUKAN

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

BANDA HILIR 2 Jun – Bantuan baucar beli belah RM100 menerusi Program Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir disifatkan sebagai lambang keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membela nasib golongan memerlukan.

Rata-rata penerima meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila inisiatif tersebut sedikit sebanyak membantu meringankan beban kos sara hidup harian mereka.

Bagi warga emas Teh Mee Quee, 69, bantuan itu amat bermakna kerana dapat digunakan untuk membeli keperluan asas dapur terutama pada waktu keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

“Saya sangat bersyukur dengan bantuan ini ia sangat membantu untuk perbelanjaan harian seperti beras dan barang dapur,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di sebuah pasar raya, di sini, semalam.

Nada sama disuarakan Chua Poh Geok, 60, turut menyifatkan inisiatif tersebut sebagai langkah prihatin yang memberi manfaat terus kepada rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Bantuan seperti ini wajar diteruskan kerana ia benar-benar dirasai oleh golongan B40 yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya.

IMG
N GANESAN

N Ganesan, 52, pula berkata, bantuan baucar tersebut membolehkannya merancang perbelanjaan dengan lebih baik, terutama dalam memenuhi keperluan untuk keluarganya.

“Walaupun ada yang menganggap nilainya sederhana, namun bagi kami bantuan ini sangat besar maknanya dalam membantu meringankan sedikit beban bulanan,” katanya.

Seorang lagi penerima, Mah Ming Wan, 41, juga daripada golongan B40, berharap program seperti itu dapat dilaksanakan di semua WRUR dan diperluaskan kepada lebih ramai penduduk yang memerlukan.

“Program WRUR sangat bagus kerana menjadi platform penyampaian bantuan secara terus kepada rakyat di peringkat akar umbi sekali gus memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri dan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Hilir Leng Chau Yen menyampaikan baucar RM100 kepada 100 penerima terdiri daripada golongan B40 dalam kawasan DUN Banda Hilir di sebuah pusat beli belah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

466
Kongsi :
Previous post BATIK HUTAN PERCHA SEMAKIN DIKENALI