Sorting by

×

WRUR BANDA HILIR: CHAU YEN KOMITED SELESAI 80 PERATUS ADUAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

BANDA HILIR 4 Jun – Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan aduan rakyat yang diterima dijangka dapat diselesaikan sepanjang pelaksaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Hilir Leng Chau Yen berkata, bersempena WRUR yang berlangsung selama seminggu sehingga 6 Jun pihaknya menerima lebih 100 aduan melibatkan pelbagai isu dan keperluan penduduk.

Menurutnya, pemasalahan membabitkan infrastruktur merekodkan aduan terbanyak diterima untuk ditangani dan diikuti beberapa isu lain termasuk kebajikan rakyat.

“Kami komited dalam memastikan setiap aduan yang disuarakan atau diadukan diberi perhatian dan diambil tindakan penyelesaian demi keselesaan rakyat.

“Sekiranya boleh pastinya saya inginkan 100 peratus masalah yang diadukan dapat diselesaikan tetapi mungkin kerana beberapa faktor saya jangkakan 80 peratus akan dapat diselesaikan sebaiknya,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkataan demikian ketika ditemui selepas Ziarah Kasih Program WRUR DUN Banda Hilir, di Bukit Cina, hari ini.

Terdahulu, Majlis Perlepasan ‘Flag Off’ Ziarah Kasih Program WRUR DUN Banda Hilir disempurnakan Pengerusi Penyelaras WRUR Datuk Fairul Nizam Roslan dan hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Halyjah Muhamad.

Menurut Chau Yen, sepanjang empat hari pelaksaan program WRUR pihaknya menerima sambutan amat positif daripada penduduk setempat malah setiap aktiviti dilaksanakan turut menerima penyertaan amat menggalakkan.

“Untuk WRUR DUN Banda Hilir ini pendekatan dibawa sedikit berbeza kerana kedudukan kami di kawasan bandar oleh itu banyak aktiviti memfokuskan kepada memberi manfaat kepada penduduk seperti pemberian cermin mata percuma dan gunting rambut percuma.

“Selain itu juga kita turut anjurkan program melancong sambil belajar yang membabitkan penyertaan murid sekolah yang akan pergi ke tempat pelancongan seperti muzium dan Menara Taming Sari.

“Ini antara lain untuk membantu memperkenalkan lagi destinasi pelancongan di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

476
Kongsi :
Previous post WRUR BANDA HILIR: CHAU YEN TERUSKAN MISI DEKATI GOLONGAN MEMERLUKAN